Labels

About this blog

Labels

Saturday, 8 December 2012

UniMAP Raih Anugerah Persekitaran Universiti Terbaik Pada Anugerah Keusahawanan Malaysia





6 DISEMBER 2012

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) be
rjaya memenangi kategori persekitaran kondusif keusahawanan (Institutional Environment) pada Anugerah Keusahawanan Malaysia (MEA) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini semalam.

Hasil kemenangan dalam anugerah yang julung kali dianjurkan itu, UniMAP membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai bernilai RM50,000.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin. Hadir sama mewakili UniMAP ialah Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UniMAP, Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zain; Pengarah Pusat Pengkomersialan dan Pengurusan Harta Intelek, Profesor Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh Haji Din dan Dekan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, Prof. Madya Dr. Hazry Desa.

Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, anugerah berkenaan bertujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

"Kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan keusahawanan boleh membantu untuk menggalakkan budaya inovatif dan mengubah minda pelajar," katanya dalam ucapannya di sini.

Menurut beliau, penganjuran anugerah seumpama itu telah membawa kesan positif di kalangan universiti-universiti yang mula melihat kepentingan pendidikan dan pembangunan keusahawanan di institusi masing-masing.

“Keusahawanan menjadi salah satu bidang yang paling pesat berkembang yang ditandai dengan peningkatan bilangan kursus keusahawanan dan program-program yang ditawarkan di universiti-universiti di seluruh dunia,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM)berjaya meraih hadiah utama iaitu Universiti Pendidikan Keusahawanan Terbaik yang melayakkan universiti berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.

Manakala anugerah perusahaan pelajar terbaik telah dimenangi oleh Gemilang Agrobiz Sdn Bhd dari Universiti Putra Malaysia yang menawarkan hadiah RM20,000.

LAGI KEJAYAAN UniMAP!!!


Selangkah ke arah 'keterlihatan antarabangsa'.

Saturday, 24 November 2012

PENCARIAN RAKAN MASJID.


SALAM PERJUANGAN DEMI GAZA, PALESTIN

Assalamualaikum...


      Ketika kita di sini gembira meraikan Awal Muharram tahun 1434H, berlainan pula dengan keadaan rakyat-rakyat di Gaza. Mereka telah dikejutkan dengan serangan mendadak oleh rejim Zionis. Mereka menyasarkan Ahmad al-Jabari, Komandan Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera Hamas. Beliau bersama dengan pembantunya telah dibom melalui pesawat terbang. Kemudian, Israel tanpa belas kasihan telah melancarkan serangan pula terhadap rakyat Gaza, rata- rata yang terdiri daripada orang-orang awam. Hampir 50 buah sekolah serta harta-harta awam musnah akibat serangan tersebut. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, wanita dan warga tua disebabkan tentera membedil rumah di kawasan-kawasan yang sangat sesak, kemudahan awam serta mensasarkan pejuang dan kem pertahanan di serata rantau pantai.
     
       Setakat ini, rakyat yang syahid adalah lebih 162 orang dan rakyat yang cedera pula ialah lebih 1100 orang.


       Kami pelajar UniMAP turut mengikuti perkembangan mereka dan berasa sedih di atas penganiayaan mereka-mereka yang tidak berdosa oleh rejim Zionis. 

       Berikut merupakan petikan status YDP Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi ini, Muhammad Khairudden b Sulaiman berkaitan dengan isu ini,

"Assalammualaikum, salam satu malaysia, salam uniMAP sedekat di hati. Saya selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis mewakili pelajar UniMAP, Kami mengecam dan mengutuk kekejaman tentera zionis keatas Palestin dan kami disini sentiasa menyokong dan akan cuba membantu untuk menyelamatkan saudara-saudara kami di Palestin atas dasar kemanusian dan kerana Masyarakat Palestin adalah saudara kami. 

Gaza we UniMAP-an always behind you.

Hidup! Hidup! Hidup Palestin, Hancur! Hancur! Hancur zionis."

       Baru-baru ini telah diadakan solat hajat dan qunut nazilah yang bertempat di semua surau kolej-kolej kediaman UniMAP. Sokongan yang diberi pelajar amat menggalakkan. 




          Kemudian, kami barisan MPP telah mengadakan ceramah bertajuk Heart To Heart Talk : Gaza di Masjid al Hussin, Kuala Perlis.
     
      

          Kami telah menjemput Pengarah Aqsa Syarif Kedah untuk menceritakan pengalaman beliau ketika beliau menjadi sukarelawan di sana. Kami juga telah menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah dan menyerahkan kutipan derma yang telah kami laksanakan di semua kolej-kolej kediaman untuk disalurkan kepada rakyat-rakyat Gaza melalui Aqsa Syarif.








            
            Semoga apa yang kami lakukan dapat menolong saudara-saudara seIslam kita di sana.

Friday, 23 November 2012

TAHNIAH UniMAP!!!



Tahniah atas kejayaan atlet-atlet UniMAP atas berjaya menyapu bersih 5 pingat emas dalam acara tenis SUKIPT tahun ini. Semoga UniMAP terus maju jaya!!

Retreat Kepimpinan Mahasiswa 1 Malaysia (RKM1M) Peringkat Zon Utara 2012


Assalamualaikum....

Pada 13 hingga ke 15 November 2012, telah berlangsungnya satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, iaitu Retreat Kepimpinan Mahasiswa 1 Malaysia Peringkat Zon Utara 2012. Program ini mengambil tempat di Copthorne Orchid Hotel, Pulau Pinang dan telah disertai oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini. Universiti-universiti yang terlibat ialah Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sendiri. Konsep yang diguna pakai ialah secara santai dan tidak terlalu formal.

            Pelbagai pengisian seperti ceramah dan aktiviti LDK telah diatur dan dijalankan dengan lancar sepanjang program ini. Pihak penganjur telah mengambil pendekatan yang begitu menarik sekali iaitu para peserta daripada keempat- empat universiti telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai peserta-peserta dari universiti yang berbeza. Aturan ini dapat membantu semua peserta untuk saling kenal-mengenal walaupun mereka datang dari universiti yang berlainan.

            Selain itu, aktiviti riadah turut diadakan di dalam program ini. Pada waktu pagi, para peserta menyegarkan badan dengan aktiviti senamrobik dan pada waktu petang, aktiviti berunsurkan semangat berpasukan pula mengambil tempat. Banyak yang dapat kami pelajari ketika berlangsungnya aktiviti tersebut.
Semestinya semangat berpasukan itu amat penting dalam sesebuah organisasi.

            Akhir kata, melalui program ini, kami bukan sahaja dapat mengumpul pengalaman dan ilmu pengetahuan, malah kami juga dapat mengumpul memori yang indah bersama dengan teman-teman baru.  






Monday, 19 November 2012

Kunjungan dari UMED (Universiti Medan)


Pada 1-4 Novemver 2012, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP telah menerima kunjungan dari MPP UMED atau lebih dikenali dengan SEMA Universitas Medan. Seramai 17 orang dari UMED telah mengikuti kunjungan tersebut. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara dua benua, MPP UniMAP dan SEMA UMED bertukar-tukar idea dan pandangan dalam persidangan meja bulat. 

Antara isu yang diketengahkan ialah masalah-masalah yang sering berlaku oleh pelajar di universiti, program yang telah dilaksanakan, pencapaian universiti masing-masing dan pelabgai lagi. Road Tour at Kampus juga telah dijalankan bagi memperkenalkan UniMAP kepada UMED.

Semoga hubungan yang terjalin antara bakal pemimpin-pemimpin mahasiswa ini dapat terus berkekalan.

GAZA HEART TO HEART


Jemputan kepada semua muslim, pada 22 November 2012 (Khamis) akan diadakan Gaza Heart to Heart bertempat di Masjid Al- Hussin atau dikenali juga sebagai masjid Terapung Kuala Perlis. Di harap muslimin dan muslimah dapat menghadirkan diri.

Monday, 29 October 2012

Aidiladha UniMAP


Pada 28 Oktober 2012, Sebanyak 17 ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan sempena Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat UniMAP 1433 Hijrah / 2012 Masihi yang diadakan di Kampus Kubang Gajah UniMAP, baru-baru ini.
Majlis yang menjadi acara tahunan UniMAP itu, disertai kira-kira 200 staf dari pelbagai jabatan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha1433 Hijrah.
Pegawai Agama, Pusat Islam UniMAP, Adib Hassan berkata, jumlah penyertaan peserta yang mengambil bahagian dalam melaksanakan ibadah korban di UniMAP meningkat dari tahun ke tahun.
“Dari apa yang dapat dilihat, program ibadah korban UniMAP sentiasa mendapat sambutan sejak kita bermula dari tahun 2003. Ia bukan sahaja disertai staf UniMAP semata-mata, malah ada juga kalangan ahli keluarga mereka yang berminat untuk turut serta melaksanakan korban di sini,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya lagi, selepas selesai majlis tersebut, semua daging yang disedekahkan peserta korban akan diagihkan di rumah anak-anak yatim serta rumah kebajikan di sekitar Perlis.Untuk rekod, pada tahun lalu, UniMAP telah mengorbankan sebanyak 15 ekor lembu Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat UniMAP 1432 Hijrah

Saturday, 27 October 2012

UniMAP Sasar Kedudukan 10 Terbaik SUKIPT 2012

24 Oktober 2012. KANGAR - Kontinjen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang bakal menyertai Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 mulai 28 Oktober ini mensasarkan kedudukan 10 pasukan terbaik dari 101 pasukan yang mengambil bahagian.
Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kontinjen UniMAP yang disertai oleh 180 atlit, pegawai dan pengurus pasukan bersedia untuk berjuang berhabis-habisan bagi memastikan sasaran itu tercapai.
“Ini merupakan kejohanan terbesar yang melibatkan penyertaan menyeluruh dari semua IPT yang bernaung di bawah KPT seperti KOlej Komuniti, Politeknik dan IPT Swasta, justeru kita telah membuat persediaan dan strategi yang cukup rapi dalam usaha menempatkan diri antara 10 kelompok pasukan terbaik.
“Sasaran kita pastinya dalam acara olahraga dan sukan tenis yang mana UniMAP menjadi pilihan KPT sebagai Pusat Sukan Tumpuan sebelum ini. UniMAP mensasarkan 13 pingat emas menerusi kedua-dua acara ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Terakhir dan Penyerahan bendera Kontinjen UniMAP ke SUKIPT 2012 di Dewan Terbuka Kolej Kediaman Wang Ulu di sini semalam. UniMAP bakal menyertai 9 acara iaitu olahraga, tenis, sepak takraw (lelaki dan wanita), ragbi 7 sebelah, badminton, bola tampar pantai, taekwando dan tenpin boling.
Dr. Kamarudin memberitahu, UniMAP mengharapkan kesemua lapan acara yang disertai ini mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 17 pingat emas untuk memastikan sasaran 10 kedudukan terbaik dapat dicapai.
Selain itu, ujar beliau, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini telah mengumumkan bahawa atlit yang berjaya memenangi pingat emas berpeluang ditawarkan biasiswa KPT, justeru beliau menyeru para atlit yang mewakili UniMAP untuk berusaha merebut peluang yang telah disediakan oleh KPT itu.
Selain itu, beliau turut mengharapkan para atlet yang membawa cabaran UniMAP dapat melakukan yang terbaik agar SUKIPT pada tahun ini bakal melahirkan atlet-atlet UniMAP yang berpotensi ditonjolkan ke peringkat antarabangsa.
“Inilah semangat yang perlu dipupuk, iaitu bukan sekadar bertanding atas prestasi selaku wakil universiti semata-mata, tetapi paling penting bersaing bagi melayakkan diri dalam pasukan kebangsaan dan akan membawa cabaran lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik,” katanya.
SUKIPT 2012 anjuran KPT akan berlangsung mulai 28 Oktober sehingga 11 November ini di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Penganjuran SUKIPT 2012 menawarkan 165 pingat emas daripada 15 acara yang dipertandingkan.

UniMAP Lancar Program Rakan UniMAP Untuk Pelajar Sekolah Menengah

24 OKTOBER 2012. KULIM, - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Sekretariat Promosi UniMAP melancarkan Program Rakan UniMAP dalam usaha mendekatkan lagi para pelajar khususnya dari luar bandar kepada bidang sains dan teknologi.
Pada majlis pelancaran itu di Anjung UniMAP di sini hari ini, hampir 3,000 pelajar yang sedang belajar dalam tingkatan tiga hingga lima dari 27 sekolah menengah dalam daerah Kulim/Bandar Baharu menyertai program tersebut yang member tumpuan terhadap mata pelajaran sains di sekolah.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, Rakan UniMAP diperkenalkan khusus untuk membolehkan UniMAP menjalin kerjasama yang lebih erat dengan sekolah di sekitar daerah Kulim dan Bandar Baharu.
"Pada masa sama program ini bertujuan memperkenalkan UniMAP sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang berteraskan kejuruteraan selain menawarkan program pengajian perniagaan serta kejuruteraan teknologi," katanya selepas mewakili Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamaruddin Hussin melancarkan program tersebut di Anjung UniMAP di sini hari ini.
Katanya melalui cara ini, UniMAP berharap program itu dapat mencetuskan minat untuk pelajar menjadikan bidang kejuruteraan sebagai program pilihan apabila melanjutkan pelajaran kelak dan UniMAP akan menjadi universiti pilihan mereka.


Friday, 26 October 2012

DON'T TOUCH-TOUCH YER..

JAUHILAH ZINA


Engineering & Mathematics?

BERSAHABAT SAMPAI SYURGA

FESTIVAL NASYID KEMERDEKAAN IPT

Pada 20 Oktober 2012, Festival Nasyid Kemerdekaan IPT peringkat Kebangsaan anjuran UniMAP telah diadakan di dewan Kapitol, Kangar Perlis.

Antara IPT yang telah mengambil bahagian ialah Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Alliance Universiti College of Medical Scince (AUCMS). Berikut adalah keputusan bagi pertandingan nasyid kemerdekaan.

KEPUTUSAN FESTIVAL NASYID KEMERDEKAAN IPT PERINGKAT KEBANGSAAN 2012/1433H.

Johan : Universiti Malaya (UM)

Naib Johan : Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS)

Ketiga : Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kumpulan Khas Juri Terbaik : Universiti Malaya (UM)

Kostum Juri Terbaik : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Lagu Terbaik : Universiti Malaya (UM)

Lirik Terbaik : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


Tahniah diucapkan kepada pemenang dan UniMAP selaku tuan rumah!


Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha..

Assalamualaikum dan salam sedekad UniMAP..
kami dari warga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
MAAF ZAHIR DAN BATIN..


senyum-seyum selalu.. ^_^

Wednesday, 24 October 2012

Salam Ukhwah

Pada 5 Oktober 2012, bertempat di Hydro Hotel Pulau Pinang, dengan rasminya seramai 31 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sesi 2012/2013 telah diwatikahkan sebagai MPP pada tahun ini..









Salam Ukhwah dari kami Majlis Perwakilan Pelajar UnimMAP sesi 2012/2013..

Mudah-mudahan kami dapat melaksanakan tugas dengan baik dan adil. Doakanlah yang terbaik buat kami..
Doa dan restu dari anda semua adalah keberkatan dan dorongan buat kami...

Tiada apa yang dapat kami janjikan melainkan usaha dan buat sehabis baik untuk warga UniMAP..

Salam Ukhwah.. ^_^