Assalamualaikum....
Pada 13 hingga
ke 15 November 2012, telah berlangsungnya satu program anjuran Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia, iaitu Retreat Kepimpinan Mahasiswa 1 Malaysia
Peringkat Zon Utara 2012. Program ini mengambil tempat di Copthorne Orchid Hotel,
Pulau Pinang dan telah disertai oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini.
Universiti-universiti yang terlibat ialah Universiti Utara Malaysia, Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia dan Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP) sendiri. Konsep yang diguna pakai ialah secara santai
dan tidak terlalu formal.
Pelbagai
pengisian seperti ceramah dan aktiviti LDK telah diatur dan dijalankan dengan lancar
sepanjang program ini. Pihak penganjur telah mengambil pendekatan yang begitu
menarik sekali iaitu para peserta daripada keempat- empat universiti telah
dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai peserta-peserta
dari universiti yang berbeza. Aturan ini dapat membantu semua peserta untuk
saling kenal-mengenal walaupun mereka datang dari universiti yang berlainan.
Selain
itu, aktiviti riadah turut diadakan di dalam program ini. Pada waktu pagi, para
peserta menyegarkan badan dengan aktiviti senamrobik dan pada waktu petang,
aktiviti berunsurkan semangat berpasukan pula mengambil tempat. Banyak yang
dapat kami pelajari ketika berlangsungnya aktiviti tersebut.
Semestinya semangat berpasukan itu amat penting dalam sesebuah organisasi.
Akhir
kata, melalui program ini, kami bukan sahaja dapat mengumpul pengalaman dan
ilmu pengetahuan, malah kami juga dapat mengumpul memori yang indah bersama
dengan teman-teman baru.


No comments:
Post a Comment