Pada 28 Oktober 2012, Sebanyak 17 ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan sempena Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat UniMAP 1433 Hijrah / 2012 Masihi yang diadakan di Kampus Kubang Gajah UniMAP, baru-baru ini.
Majlis yang menjadi acara tahunan UniMAP itu, disertai kira-kira 200 staf dari pelbagai jabatan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha1433 Hijrah.
Pegawai Agama, Pusat Islam UniMAP, Adib Hassan berkata, jumlah penyertaan peserta yang mengambil bahagian dalam melaksanakan ibadah korban di UniMAP meningkat dari tahun ke tahun.
“Dari apa yang dapat dilihat, program ibadah korban UniMAP sentiasa mendapat sambutan sejak kita bermula dari tahun 2003. Ia bukan sahaja disertai staf UniMAP semata-mata, malah ada juga kalangan ahli keluarga mereka yang berminat untuk turut serta melaksanakan korban di sini,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya lagi, selepas selesai majlis tersebut, semua daging yang disedekahkan peserta korban akan diagihkan di rumah anak-anak yatim serta rumah kebajikan di sekitar Perlis.Untuk rekod, pada tahun lalu, UniMAP telah mengorbankan sebanyak 15 ekor lembu Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat UniMAP 1432 Hijrah


No comments:
Post a Comment