Labels

About this blog

Labels

Saturday, 24 November 2012

SALAM PERJUANGAN DEMI GAZA, PALESTIN

Assalamualaikum...


      Ketika kita di sini gembira meraikan Awal Muharram tahun 1434H, berlainan pula dengan keadaan rakyat-rakyat di Gaza. Mereka telah dikejutkan dengan serangan mendadak oleh rejim Zionis. Mereka menyasarkan Ahmad al-Jabari, Komandan Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera Hamas. Beliau bersama dengan pembantunya telah dibom melalui pesawat terbang. Kemudian, Israel tanpa belas kasihan telah melancarkan serangan pula terhadap rakyat Gaza, rata- rata yang terdiri daripada orang-orang awam. Hampir 50 buah sekolah serta harta-harta awam musnah akibat serangan tersebut. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, wanita dan warga tua disebabkan tentera membedil rumah di kawasan-kawasan yang sangat sesak, kemudahan awam serta mensasarkan pejuang dan kem pertahanan di serata rantau pantai.
     
       Setakat ini, rakyat yang syahid adalah lebih 162 orang dan rakyat yang cedera pula ialah lebih 1100 orang.


       Kami pelajar UniMAP turut mengikuti perkembangan mereka dan berasa sedih di atas penganiayaan mereka-mereka yang tidak berdosa oleh rejim Zionis. 

       Berikut merupakan petikan status YDP Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi ini, Muhammad Khairudden b Sulaiman berkaitan dengan isu ini,

"Assalammualaikum, salam satu malaysia, salam uniMAP sedekat di hati. Saya selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis mewakili pelajar UniMAP, Kami mengecam dan mengutuk kekejaman tentera zionis keatas Palestin dan kami disini sentiasa menyokong dan akan cuba membantu untuk menyelamatkan saudara-saudara kami di Palestin atas dasar kemanusian dan kerana Masyarakat Palestin adalah saudara kami. 

Gaza we UniMAP-an always behind you.

Hidup! Hidup! Hidup Palestin, Hancur! Hancur! Hancur zionis."

       Baru-baru ini telah diadakan solat hajat dan qunut nazilah yang bertempat di semua surau kolej-kolej kediaman UniMAP. Sokongan yang diberi pelajar amat menggalakkan. 




          Kemudian, kami barisan MPP telah mengadakan ceramah bertajuk Heart To Heart Talk : Gaza di Masjid al Hussin, Kuala Perlis.
     
      

          Kami telah menjemput Pengarah Aqsa Syarif Kedah untuk menceritakan pengalaman beliau ketika beliau menjadi sukarelawan di sana. Kami juga telah menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah dan menyerahkan kutipan derma yang telah kami laksanakan di semua kolej-kolej kediaman untuk disalurkan kepada rakyat-rakyat Gaza melalui Aqsa Syarif.








            
            Semoga apa yang kami lakukan dapat menolong saudara-saudara seIslam kita di sana.

No comments: