Labels

About this blog

Labels

Monday, 29 October 2012

Aidiladha UniMAP


Pada 28 Oktober 2012, Sebanyak 17 ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan sempena Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat UniMAP 1433 Hijrah / 2012 Masihi yang diadakan di Kampus Kubang Gajah UniMAP, baru-baru ini.
Majlis yang menjadi acara tahunan UniMAP itu, disertai kira-kira 200 staf dari pelbagai jabatan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha1433 Hijrah.
Pegawai Agama, Pusat Islam UniMAP, Adib Hassan berkata, jumlah penyertaan peserta yang mengambil bahagian dalam melaksanakan ibadah korban di UniMAP meningkat dari tahun ke tahun.
“Dari apa yang dapat dilihat, program ibadah korban UniMAP sentiasa mendapat sambutan sejak kita bermula dari tahun 2003. Ia bukan sahaja disertai staf UniMAP semata-mata, malah ada juga kalangan ahli keluarga mereka yang berminat untuk turut serta melaksanakan korban di sini,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya lagi, selepas selesai majlis tersebut, semua daging yang disedekahkan peserta korban akan diagihkan di rumah anak-anak yatim serta rumah kebajikan di sekitar Perlis.Untuk rekod, pada tahun lalu, UniMAP telah mengorbankan sebanyak 15 ekor lembu Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat UniMAP 1432 Hijrah

Saturday, 27 October 2012

UniMAP Sasar Kedudukan 10 Terbaik SUKIPT 2012

24 Oktober 2012. KANGAR - Kontinjen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang bakal menyertai Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 mulai 28 Oktober ini mensasarkan kedudukan 10 pasukan terbaik dari 101 pasukan yang mengambil bahagian.
Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kontinjen UniMAP yang disertai oleh 180 atlit, pegawai dan pengurus pasukan bersedia untuk berjuang berhabis-habisan bagi memastikan sasaran itu tercapai.
“Ini merupakan kejohanan terbesar yang melibatkan penyertaan menyeluruh dari semua IPT yang bernaung di bawah KPT seperti KOlej Komuniti, Politeknik dan IPT Swasta, justeru kita telah membuat persediaan dan strategi yang cukup rapi dalam usaha menempatkan diri antara 10 kelompok pasukan terbaik.
“Sasaran kita pastinya dalam acara olahraga dan sukan tenis yang mana UniMAP menjadi pilihan KPT sebagai Pusat Sukan Tumpuan sebelum ini. UniMAP mensasarkan 13 pingat emas menerusi kedua-dua acara ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Terakhir dan Penyerahan bendera Kontinjen UniMAP ke SUKIPT 2012 di Dewan Terbuka Kolej Kediaman Wang Ulu di sini semalam. UniMAP bakal menyertai 9 acara iaitu olahraga, tenis, sepak takraw (lelaki dan wanita), ragbi 7 sebelah, badminton, bola tampar pantai, taekwando dan tenpin boling.
Dr. Kamarudin memberitahu, UniMAP mengharapkan kesemua lapan acara yang disertai ini mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 17 pingat emas untuk memastikan sasaran 10 kedudukan terbaik dapat dicapai.
Selain itu, ujar beliau, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini telah mengumumkan bahawa atlit yang berjaya memenangi pingat emas berpeluang ditawarkan biasiswa KPT, justeru beliau menyeru para atlit yang mewakili UniMAP untuk berusaha merebut peluang yang telah disediakan oleh KPT itu.
Selain itu, beliau turut mengharapkan para atlet yang membawa cabaran UniMAP dapat melakukan yang terbaik agar SUKIPT pada tahun ini bakal melahirkan atlet-atlet UniMAP yang berpotensi ditonjolkan ke peringkat antarabangsa.
“Inilah semangat yang perlu dipupuk, iaitu bukan sekadar bertanding atas prestasi selaku wakil universiti semata-mata, tetapi paling penting bersaing bagi melayakkan diri dalam pasukan kebangsaan dan akan membawa cabaran lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik,” katanya.
SUKIPT 2012 anjuran KPT akan berlangsung mulai 28 Oktober sehingga 11 November ini di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Penganjuran SUKIPT 2012 menawarkan 165 pingat emas daripada 15 acara yang dipertandingkan.

UniMAP Lancar Program Rakan UniMAP Untuk Pelajar Sekolah Menengah

24 OKTOBER 2012. KULIM, - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Sekretariat Promosi UniMAP melancarkan Program Rakan UniMAP dalam usaha mendekatkan lagi para pelajar khususnya dari luar bandar kepada bidang sains dan teknologi.
Pada majlis pelancaran itu di Anjung UniMAP di sini hari ini, hampir 3,000 pelajar yang sedang belajar dalam tingkatan tiga hingga lima dari 27 sekolah menengah dalam daerah Kulim/Bandar Baharu menyertai program tersebut yang member tumpuan terhadap mata pelajaran sains di sekolah.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, Rakan UniMAP diperkenalkan khusus untuk membolehkan UniMAP menjalin kerjasama yang lebih erat dengan sekolah di sekitar daerah Kulim dan Bandar Baharu.
"Pada masa sama program ini bertujuan memperkenalkan UniMAP sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang berteraskan kejuruteraan selain menawarkan program pengajian perniagaan serta kejuruteraan teknologi," katanya selepas mewakili Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamaruddin Hussin melancarkan program tersebut di Anjung UniMAP di sini hari ini.
Katanya melalui cara ini, UniMAP berharap program itu dapat mencetuskan minat untuk pelajar menjadikan bidang kejuruteraan sebagai program pilihan apabila melanjutkan pelajaran kelak dan UniMAP akan menjadi universiti pilihan mereka.


Friday, 26 October 2012

DON'T TOUCH-TOUCH YER..

JAUHILAH ZINA


Engineering & Mathematics?

BERSAHABAT SAMPAI SYURGA

FESTIVAL NASYID KEMERDEKAAN IPT

Pada 20 Oktober 2012, Festival Nasyid Kemerdekaan IPT peringkat Kebangsaan anjuran UniMAP telah diadakan di dewan Kapitol, Kangar Perlis.

Antara IPT yang telah mengambil bahagian ialah Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Alliance Universiti College of Medical Scince (AUCMS). Berikut adalah keputusan bagi pertandingan nasyid kemerdekaan.

KEPUTUSAN FESTIVAL NASYID KEMERDEKAAN IPT PERINGKAT KEBANGSAAN 2012/1433H.

Johan : Universiti Malaya (UM)

Naib Johan : Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS)

Ketiga : Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kumpulan Khas Juri Terbaik : Universiti Malaya (UM)

Kostum Juri Terbaik : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Lagu Terbaik : Universiti Malaya (UM)

Lirik Terbaik : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


Tahniah diucapkan kepada pemenang dan UniMAP selaku tuan rumah!


Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha..

Assalamualaikum dan salam sedekad UniMAP..
kami dari warga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
MAAF ZAHIR DAN BATIN..


senyum-seyum selalu.. ^_^

Wednesday, 24 October 2012

Salam Ukhwah

Pada 5 Oktober 2012, bertempat di Hydro Hotel Pulau Pinang, dengan rasminya seramai 31 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sesi 2012/2013 telah diwatikahkan sebagai MPP pada tahun ini..









Salam Ukhwah dari kami Majlis Perwakilan Pelajar UnimMAP sesi 2012/2013..

Mudah-mudahan kami dapat melaksanakan tugas dengan baik dan adil. Doakanlah yang terbaik buat kami..
Doa dan restu dari anda semua adalah keberkatan dan dorongan buat kami...

Tiada apa yang dapat kami janjikan melainkan usaha dan buat sehabis baik untuk warga UniMAP..

Salam Ukhwah.. ^_^