Assalammualaikum ,Salam sejahtera, Salam UniMAP, Sedekad Di Hati.
Apa khabar Mahasiswa semua, diharap semua lebih bersemangat untuk
berjuang untuk peperiksaan akhir semester. Maaf, mungkin terlalu lambat
untuk saya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan tetapi pesanan
daripada saya untuk peringatan diri sendiri adalah belajar! Belajar!
Belajar! Belajar!.
Ilmu bukan sahaja tertumpu kepada subjek Bioperubatan,mekanikal
ataupun perniagaan semata-mata malah ilmu itu meliputi semua bidang.
Jadi, kita seharusnya tidak tertumpu dengan ilmu yang kita belajar
sahaja. Softskill juga ilmu, ilmu dalam menerap nilai-nilai yang indah
dalam diri. Akhlak adalah ilmu, ilmu yang di gunakan untuk melahirkan
insan yang bermutu. Manusia di muka bumi ini semakih hari semakin
bertambah. Kelahiran bayi pada setiap hari lebih 1 juta di seluruh
dunia, kuantiti manusia tidak melambangkan sebarang makna andai
kualitinya tiada. Jadi melahirkan insan yang berkualiti adalah sangat
dituntut bukan sahaja dalam islam malah dalam semua agama. Berkualiti
dalam semua sudut tidak kiralah sama ada dari sudut rohaniah mahupun
jasmaniah.
Dalam konteks mahasiswa pada hari ini, medan ilmu adalah medan untuk
kita menjadi seorang yang lebih matang, berkaliber, mempunyai daya
saing untuk lebih maju, mempunyai softskills sebagai nilai tambah dan
memupuk akhlak yang baik dalam diri supaya diri kita akan di hormati
tanpa kita sedari bukan meminta untuk dihormati.
Fikiran harus terbuka menerima pelbagai keadaan ataupun masalah.
Masalah mendewasakan kita bukan menjatuhkan kita. Masalah akan selalu
ada tetapi yang paling penting, bagaimana kita menyelesaikan masalah.
Melarikan diri dari realiti sesebuah masalah bukan jalan penyelesaian
tetapi itu adalah beban. Bijak menyelesaikan masalah adalah seorang
mahasiswa yang hebat dan berkualiti. Jadi di universiti, cabaran dengan
berhadapan pelbagai masalah adalah wadah ilmu. Penyelesaian masalah
adalah salah satu bentuk P&P yang perlu dihadapi bagi mematangkan
diri dan menjadi insan yang lebih berkualiti dan berdedikasi.
Gunalah wadah ilmu ini ( Universiti) sebaiknya untuk menjadi insan
yang berkualiti dan berilmu serta menjadi mahasiswa yang mempunyai minda
kelas pertama bukan hanya pandai berkata-kata dan membuat provokasi.
Kepimpinan juga adalah salah satu cabang ilmu dan kepimpinan ini memang
sekian lama terbentuk dalam diri malah kepimpinan ini sudah terbentuk
sejak azali lagi tetapi bagaimana kepimpinan ini dapat diasah? Sebagai
mahasiswa, sifat kepimpinan yang sekian lama terbentuk ini perlu
dibentuk dengan lebih baik agar laluannya adalah laluan yang betul.
Setiap insan layak menjadi pemimpin tetapi kita tidak tahu sama ada
pemimpin itu adalah pemimpin yang baik ataupun sebaliknya. Di
universiti, banyak peluang-peluang untuk kita menggilap bakat sebagai
seorang pemimpin selain daripada menuntut ilmu subjek kursus malah
belajar untuk menjadi pemimpin juga adalah ilmu tetapi persoalannya
adakah pemimpin itu berkualiti atau indah khabar dari rupa?. Pepatah
english berbunyi ' don't judge a book by its cover', maksud di sini kita
tidak seharusnya menilai diri seorang itu dengan rupanya atau dengan
janji-janji manisnya tetapi nilailah dia dengan perwatakan, hati,
softskills dan kerja yang dilaksanakanya. Jadi DISINI!! Di Universiti
adalah pentas untuk kita mengasah ilmu kita dalam pelbagai bidang
termasuklah kepimpinan.
Saya ingin melahirkan rasa bersyukur kerana lahir di Malaysia yang
mempunyai tempat yang aman untuk kita belajar dan mengarab pelbagai ilmu
dari pelbagai segi termasuklahlah ilmu agama. Setiap manusia mempunyai
pilihan untuk mengatur hidup jadi pilihlah sebaiknya agar kita tidak
sesat. Jangan jadi insan yang dipergunakan tetapi jadilah insan yang
dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara kita yang kita
cintai negara Malaysia. Saya tegas disini, kadang-kadang kita sendiri
tidak sedar yang sebenarnya dalam negara kita ada pengkhianat negara
yang boleh merobohkan negara Malaysia. Mahasiswa jangan biarkan orang
luar masuk ke negara kita memecah belahkan kita. Belajarlah dari sejarah
negara kita sebelum merdeka dan betapa sukarnya kita nak memperolehi
kemerdekaan jadi jangan biarkan kemerdekaan dan negara yang aman damai
ini berpecah belah dan akhirnya diperintah oleh orang luar. Teladani
Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak negara. Negara yang dulunya
GAH tetapi akhirnya jatuh disebabkan KUASA dan NAFSU. Sanggup
menggunakan kuasa luar semata-mata untuk kepentingan diri. Mahasiswa
anda ada kelas yang tersendiri jadi bukalah minda untuk menilai sesuatu
masalah dengan lebih matang dan berfakta. Janganlah anda mudah terpedaya
pelbagai dakyah luar yang belum tentu sahih setiap tulisan-tulisan
mereka. Jadi anda sebagai mahasiswa yang berkualiti seharusnya mengkaji
pelbagai sudut. Jangan disebabkan video seminit anda melatah sehinggakan
anda buta dengan kebenaran sebenar. Ayuh mahasiwa bangkit untuk
menegakkan kebenaran yang telus. Jadilah mahasiswa yang berkualiti, yang
dihormati dan disanjungi bukan menjadi mahasiswa yang memecah belahkan
bangsa Malaysia. INGAT JANGAN KITA MENGULANGI SEJARAH KERANA MENGULANGI
SEJARAH ADALAH MENYAKITKAN. Mahasiswa seharusnya mempelajari dan
mengetahui sejarah negara agar kita lebih matang untuk menempuh masa
depan. Universiti adalah wadah ilmu yang perlu kita garab segala limu
agar kita tidak menjadi mahasiswa yang rugi. Akhir kalam, jadilah
mahasiswa yang mempunyai nilai hormat-menghormati antara satu sama lain
kerana dengan nilai ini kita akan lebih dihargai. Jangan terlalu gah
dengan kuasa yang diberi kerana kuasa tidak akan kekal selama-lamanya.
MAHASISWA BERKUALITI,
PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA.
Ikhlas daripada,
Muhammad Khairudden Bin Sulaiman
YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Sunday, 20 January 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment