Monday, 26 November 2012
Saturday, 24 November 2012
SALAM PERJUANGAN DEMI GAZA, PALESTIN
Assalamualaikum...
Setakat ini, rakyat yang syahid adalah lebih 162 orang dan rakyat yang cedera pula ialah lebih 1100 orang.
Kami pelajar UniMAP turut mengikuti perkembangan mereka dan berasa sedih di atas penganiayaan mereka-mereka yang tidak berdosa oleh rejim Zionis.
Baru-baru ini telah diadakan solat hajat dan qunut nazilah yang bertempat di semua surau kolej-kolej kediaman UniMAP. Sokongan yang diberi pelajar amat menggalakkan.
Kami telah menjemput Pengarah Aqsa Syarif Kedah untuk menceritakan pengalaman beliau ketika beliau menjadi sukarelawan di sana. Kami juga telah menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah dan menyerahkan kutipan derma yang telah kami laksanakan di semua kolej-kolej kediaman untuk disalurkan kepada rakyat-rakyat Gaza melalui Aqsa Syarif.


Semoga apa yang kami lakukan dapat menolong saudara-saudara seIslam kita di sana.
Ketika kita di sini gembira meraikan Awal Muharram tahun 1434H, berlainan pula dengan keadaan rakyat-rakyat di Gaza. Mereka telah dikejutkan dengan serangan mendadak oleh rejim Zionis. Mereka menyasarkan Ahmad al-Jabari, Komandan Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera Hamas. Beliau bersama dengan pembantunya telah dibom melalui pesawat terbang. Kemudian, Israel tanpa belas kasihan telah melancarkan serangan pula terhadap rakyat Gaza, rata- rata yang terdiri daripada orang-orang awam. Hampir 50 buah sekolah serta harta-harta awam musnah akibat serangan tersebut. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, wanita dan warga tua disebabkan tentera membedil rumah di kawasan-kawasan yang sangat sesak, kemudahan awam serta mensasarkan pejuang dan kem pertahanan di serata rantau pantai.
Setakat ini, rakyat yang syahid adalah lebih 162 orang dan rakyat yang cedera pula ialah lebih 1100 orang.
Berikut merupakan petikan status YDP Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi ini, Muhammad Khairudden b Sulaiman berkaitan dengan isu ini,
"Assalammualaikum, salam satu malaysia, salam uniMAP sedekat di hati. Saya selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis mewakili pelajar UniMAP, Kami mengecam dan mengutuk kekejaman tentera zionis keatas Palestin dan kami disini sentiasa menyokong dan akan cuba membantu untuk menyelamatkan saudara-saudara kami di Palestin atas dasar kemanusian dan kerana Masyarakat Palestin adalah saudara kami.
Gaza we UniMAP-an always behind you.
Hidup! Hidup! Hidup Palestin, Hancur! Hancur! Hancur zionis."
Baru-baru ini telah diadakan solat hajat dan qunut nazilah yang bertempat di semua surau kolej-kolej kediaman UniMAP. Sokongan yang diberi pelajar amat menggalakkan.
Kemudian, kami barisan MPP telah mengadakan ceramah bertajuk Heart To Heart Talk : Gaza di Masjid al Hussin, Kuala Perlis.
Kami telah menjemput Pengarah Aqsa Syarif Kedah untuk menceritakan pengalaman beliau ketika beliau menjadi sukarelawan di sana. Kami juga telah menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah dan menyerahkan kutipan derma yang telah kami laksanakan di semua kolej-kolej kediaman untuk disalurkan kepada rakyat-rakyat Gaza melalui Aqsa Syarif.


Semoga apa yang kami lakukan dapat menolong saudara-saudara seIslam kita di sana.
Friday, 23 November 2012
TAHNIAH UniMAP!!!
Tahniah atas kejayaan atlet-atlet UniMAP atas berjaya menyapu bersih 5 pingat emas dalam acara tenis SUKIPT tahun ini. Semoga UniMAP terus maju jaya!!
Retreat Kepimpinan Mahasiswa 1 Malaysia (RKM1M) Peringkat Zon Utara 2012
Assalamualaikum....
Pada 13 hingga
ke 15 November 2012, telah berlangsungnya satu program anjuran Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia, iaitu Retreat Kepimpinan Mahasiswa 1 Malaysia
Peringkat Zon Utara 2012. Program ini mengambil tempat di Copthorne Orchid Hotel,
Pulau Pinang dan telah disertai oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini.
Universiti-universiti yang terlibat ialah Universiti Utara Malaysia, Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia dan Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP) sendiri. Konsep yang diguna pakai ialah secara santai
dan tidak terlalu formal.
Pelbagai
pengisian seperti ceramah dan aktiviti LDK telah diatur dan dijalankan dengan lancar
sepanjang program ini. Pihak penganjur telah mengambil pendekatan yang begitu
menarik sekali iaitu para peserta daripada keempat- empat universiti telah
dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai peserta-peserta
dari universiti yang berbeza. Aturan ini dapat membantu semua peserta untuk
saling kenal-mengenal walaupun mereka datang dari universiti yang berlainan.
Selain
itu, aktiviti riadah turut diadakan di dalam program ini. Pada waktu pagi, para
peserta menyegarkan badan dengan aktiviti senamrobik dan pada waktu petang,
aktiviti berunsurkan semangat berpasukan pula mengambil tempat. Banyak yang
dapat kami pelajari ketika berlangsungnya aktiviti tersebut.
Semestinya semangat berpasukan itu amat penting dalam sesebuah organisasi.
Akhir
kata, melalui program ini, kami bukan sahaja dapat mengumpul pengalaman dan
ilmu pengetahuan, malah kami juga dapat mengumpul memori yang indah bersama
dengan teman-teman baru.
Monday, 19 November 2012
Kunjungan dari UMED (Universiti Medan)
Pada 1-4 Novemver 2012, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP telah menerima kunjungan dari MPP UMED atau lebih dikenali dengan SEMA Universitas Medan. Seramai 17 orang dari UMED telah mengikuti kunjungan tersebut. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara dua benua, MPP UniMAP dan SEMA UMED bertukar-tukar idea dan pandangan dalam persidangan meja bulat.
Antara isu yang diketengahkan ialah masalah-masalah yang sering berlaku oleh pelajar di universiti, program yang telah dilaksanakan, pencapaian universiti masing-masing dan pelabgai lagi. Road Tour at Kampus juga telah dijalankan bagi memperkenalkan UniMAP kepada UMED.
Semoga hubungan yang terjalin antara bakal pemimpin-pemimpin mahasiswa ini dapat terus berkekalan.
Semoga hubungan yang terjalin antara bakal pemimpin-pemimpin mahasiswa ini dapat terus berkekalan.
GAZA HEART TO HEART
Jemputan kepada semua muslim, pada 22 November 2012 (Khamis) akan diadakan Gaza Heart to Heart bertempat di Masjid Al- Hussin atau dikenali juga sebagai masjid Terapung Kuala Perlis. Di harap muslimin dan muslimah dapat menghadirkan diri.
Monday, 12 November 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)










