Labels

About this blog

Labels

Sunday, 20 January 2013

Isu Kalimah Allah


Assalammualaikum buat semua rakan-rakan yang saya kasihi dan hormati, di pagi ini memberi semangat baru untuk terus menjadi seorang mukmin yang hebat dan lebih dekat dengan Allah insyaAllah.

Pagi ni suka saya sebagai rakyat Malaysia untuk memberi pandangan. Baru-baru ini, Majlis Syura telah sepakat Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama selain daripada agama Islam. Suka untuk saya nyatakan yang saya bersyukur dan sangat setuju dengan pendirian para ulama dalam majlis syura itu. Mereka berpendapat bahawa kalimah Allah ini sangat esklusif dan tidak boleh di samakan dengan kalimah yang lain kerana perbezaan makna yang ditafsirkan oleh agama itu sendiri. Jadi saya sebagai umat Islam menyokong penuh. Alhamdulillah kesucian agama kita dijaga dengan baik di Malaysia.

Apa yang saya lihat, banyak pihak memberi tekanan kepada Majlis Syura atas dasar kepentingan politik mereka. Apa yang saya lihat, majlis syura ini hanya membincangkan isu kalimah Allah yang selama ini tidak pernah diganggu kerana kalimah Allah ini sangat sensItif kerana kalimah itu digunakan oleh orang Islam sebagai pegangan iman yang melambangkan zat keEsaan Allah yang sudah beratus-ratus tahun digunakan kerana Allah itu satu dan tuhan sekalian alam. Allah itu satu dan Allah tidak boleh disamakan dengan mana-mana makhluk. Allah maha Esa!. Jangan ganggu kami sedangkan kami tidak pernah ganggu kamu.
Surah Al-kafirun:

Surah Al Kafirun
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,

2. لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

3. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

4. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,

5. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku

Sudah jelas dalam surah Al Kafirun,
Ayat 3 menerangkan pendirian orang bukan islam itu sendiri.
3. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku
sembah.

Jadi kenapa isu kalimah Allah ini dibangkitkan semula?

6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ Untukmu
agamamu, dan untukkulah agamaku

Ayat ke 6: sudah menjelaskan dimana agama kau agama kau dan agama aku adalah agama aku.

Kenapa perlu dimanipulasikan isu kalimah Allah.
Bahasa Arab:
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤

Terjemahan:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Surah Al-Ikhlas sudah terang dan jelas menerangkan segalanya. Saya berpuas hati dengan majlis syura yang tidak memasukkan elemen-elemen luar dalam membuat keputusan atas dasar agama islam yang suci ini dan pihak-pihak lain yang sudah sekian lama menjaga kesucian agama kita.

Mengenai penerangan Dr.Maza mengenai isu kalimah Allah, saya tidak menolak kebenarannya kerana Allah adalah tuhan sekalian Alam dan sesiapapun boleh menggunakannya dan Dr Maza juga telah mengatakan bahawa kita salah andai kita melarang tetapi kita kena ada pendirian kita sebagai umat islam. Kita tidak boleh cakap 'tidak boleh' tetapi kita kena ada satu GARIS PANDUAN. Dr Maza hanya menerangkan bahawa kita tidak boleh mengatakan orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah kerana Allah itu milik semua makhluk. (rujuk semula video penerangan DrMaza di you tube :))
Dato Harun Din pernah membuat satu penerangan di Media mengenai pendirian beliau pada 2008 mengenai kalimah Allah yang mahu digunakan di dalam kitab agama lain. Dia tidak bersetuju kerana maksud tuhan dalam kitab itu berbeza-beza dan tuhan dalam kitab itu bukan hanya merujuk kepada Allah.(Rujuk you tube untuk lagi jelas sebab tak pandai nak explain melalui tulisan.)

Jadi kesimpulannya isu ini mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam itu sendiri. Saya merasakan bahawa kita sebagai umat Islam perlu menjaga kesucian agama kita di Malaysia bukan kerana kita tidak membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah tetapi kesan buruk nya adalah pada umat islam sendiri pada masa akan datang.

Menurut pandangan saya.
Antara sebabnya:
1) Hiburan yang melampau pada dunia sekarang menyebabkan generasi muda tidak mahu belajar tentang agama dan andai jika isu ini dibenarkan akan tiba pada satu waktu ramai generasi muda yang jahil agama tidak dapat mengenal dan mentauhidkan diri kepada Allah atas sebab kekeliruan ini.
2)Akan berlaku, di mana buku-buku tarbiah agama lain dijual dengan menggunakan kalimah Allah dalam penulisan itu membuatkan kekeliruan pada umat Islam kerana yang membeli tak tahu tentang agama islam dan baru nak belajar last sekali sesat kerana silap beli buku. Ini untuk orang yang jahil agama dan nak belajar agama melalui buku dulu.
3) Kadar untuk umat islam pada masa akan datang untuk murtad akan lebih meningkat kerana penggunaan kalimah Allah dibenarkan.

Jadi saya ambil cakna isu kalimah Allah ini bukan sebab kepentingan saya tetapi sebab kepentingan umat islam itu sendiri.

Kalau ada orang tanya saya:
"Orang Arab bukan beragama islam relax je guna kalimah Allah dan orang islam kat situ tak cakap ape-ape pun asal ko nak gelabah?"

Saya jawab:
"Orang islam negara arab tu memang sudah tradisi dan budaya diorang dari zaman nenek moyang diorang lagi kita pulak baru hari ni nak buat kalau buat kat malaysia kalau semua oramg islam pandai agama dan tahu membezakan agama aku tak kesah tapi kalau tengok hari ini , jumlah orang murtad kat Malaysia pun makin tinggi jadi?.. Lu fikir sendirilah... info tambahan


MAHASISWA BERKUALITI,
PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA.

Ikhlas daripada,
Muhammad Khairudden Bin Sulaiman
YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


Kuasa Mahasiswa + Ilmu

Assalammualaikum ,Salam sejahtera, Salam UniMAP, Sedekad Di Hati.
Apa khabar Mahasiswa semua, diharap semua lebih bersemangat untuk berjuang untuk peperiksaan akhir semester. Maaf, mungkin terlalu lambat untuk saya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan tetapi pesanan daripada saya untuk peringatan diri sendiri adalah belajar! Belajar! Belajar! Belajar!.

Ilmu bukan sahaja tertumpu kepada subjek Bioperubatan,mekanikal ataupun perniagaan semata-mata malah ilmu itu meliputi semua bidang. Jadi, kita seharusnya tidak tertumpu dengan ilmu yang kita belajar sahaja. Softskill juga ilmu, ilmu dalam menerap nilai-nilai yang indah dalam diri. Akhlak adalah ilmu, ilmu yang di gunakan untuk melahirkan insan yang bermutu. Manusia di muka bumi ini semakih hari semakin bertambah. Kelahiran bayi pada setiap hari lebih 1 juta di seluruh dunia, kuantiti manusia tidak melambangkan sebarang makna andai kualitinya tiada. Jadi melahirkan insan yang berkualiti adalah sangat dituntut bukan sahaja dalam islam malah dalam semua agama. Berkualiti dalam semua sudut tidak kiralah sama ada dari sudut rohaniah mahupun jasmaniah.

Dalam konteks mahasiswa pada hari ini, medan ilmu adalah medan untuk kita menjadi seorang yang lebih matang, berkaliber, mempunyai daya saing untuk lebih maju, mempunyai softskills sebagai nilai tambah dan memupuk akhlak yang baik dalam diri supaya diri kita akan di hormati tanpa kita sedari bukan meminta untuk dihormati.
Fikiran harus terbuka menerima pelbagai keadaan ataupun masalah. Masalah mendewasakan kita bukan menjatuhkan kita. Masalah akan selalu ada tetapi yang paling penting, bagaimana kita menyelesaikan masalah. Melarikan diri dari realiti sesebuah masalah bukan jalan penyelesaian tetapi itu adalah beban. Bijak menyelesaikan masalah adalah seorang mahasiswa yang hebat dan berkualiti. Jadi di universiti, cabaran dengan berhadapan pelbagai masalah adalah wadah ilmu. Penyelesaian masalah adalah salah satu bentuk P&P yang perlu dihadapi bagi mematangkan diri dan menjadi insan yang lebih berkualiti dan berdedikasi.

Gunalah wadah ilmu ini ( Universiti) sebaiknya untuk menjadi insan yang berkualiti dan berilmu serta menjadi mahasiswa yang mempunyai minda kelas pertama bukan hanya pandai berkata-kata dan membuat provokasi. Kepimpinan juga adalah salah satu cabang ilmu dan kepimpinan ini memang sekian lama terbentuk dalam diri malah kepimpinan ini sudah terbentuk sejak azali lagi tetapi bagaimana kepimpinan ini dapat diasah? Sebagai mahasiswa, sifat kepimpinan yang sekian lama terbentuk ini perlu dibentuk dengan lebih baik agar laluannya adalah laluan yang betul. Setiap insan layak menjadi pemimpin tetapi kita tidak tahu sama ada pemimpin itu adalah pemimpin yang baik ataupun sebaliknya. Di universiti, banyak peluang-peluang untuk kita menggilap bakat sebagai seorang pemimpin selain daripada menuntut ilmu subjek kursus malah belajar untuk menjadi pemimpin juga adalah ilmu tetapi persoalannya adakah pemimpin itu berkualiti atau indah khabar dari rupa?. Pepatah english berbunyi ' don't judge a book by its cover', maksud di sini kita tidak seharusnya menilai diri seorang itu dengan rupanya atau dengan janji-janji manisnya tetapi nilailah dia dengan perwatakan, hati, softskills dan kerja yang dilaksanakanya. Jadi DISINI!! Di Universiti adalah pentas untuk kita mengasah ilmu kita dalam pelbagai bidang termasuklah kepimpinan.

Saya ingin melahirkan rasa bersyukur kerana lahir di Malaysia yang mempunyai tempat yang aman untuk kita belajar dan mengarab pelbagai ilmu dari pelbagai segi termasuklahlah ilmu agama. Setiap manusia mempunyai pilihan untuk mengatur hidup jadi pilihlah sebaiknya agar kita tidak sesat. Jangan jadi insan yang dipergunakan tetapi jadilah insan yang dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara kita yang kita cintai negara Malaysia. Saya tegas disini, kadang-kadang kita sendiri tidak sedar yang sebenarnya dalam negara kita ada pengkhianat negara yang boleh merobohkan negara Malaysia. Mahasiswa jangan biarkan orang luar masuk ke negara kita memecah belahkan kita. Belajarlah dari sejarah negara kita sebelum merdeka dan betapa sukarnya kita nak memperolehi kemerdekaan jadi jangan biarkan kemerdekaan dan negara yang aman damai ini berpecah belah dan akhirnya diperintah oleh orang luar. Teladani Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak negara. Negara yang dulunya GAH tetapi akhirnya jatuh disebabkan KUASA dan NAFSU. Sanggup menggunakan kuasa luar semata-mata untuk kepentingan diri. Mahasiswa anda ada kelas yang tersendiri jadi bukalah minda untuk menilai sesuatu masalah dengan lebih matang dan berfakta. Janganlah anda mudah terpedaya pelbagai dakyah luar yang belum tentu sahih setiap tulisan-tulisan mereka. Jadi anda sebagai mahasiswa yang berkualiti seharusnya mengkaji pelbagai sudut. Jangan disebabkan video seminit anda melatah sehinggakan anda buta dengan kebenaran sebenar. Ayuh mahasiwa bangkit untuk menegakkan kebenaran yang telus. Jadilah mahasiswa yang berkualiti, yang dihormati dan disanjungi bukan menjadi mahasiswa yang memecah belahkan bangsa Malaysia. INGAT JANGAN KITA MENGULANGI SEJARAH KERANA MENGULANGI SEJARAH ADALAH MENYAKITKAN. Mahasiswa seharusnya mempelajari dan mengetahui sejarah negara agar kita lebih matang untuk menempuh masa depan. Universiti adalah wadah ilmu yang perlu kita garab segala limu agar kita tidak menjadi mahasiswa yang rugi. Akhir kalam, jadilah mahasiswa yang mempunyai nilai hormat-menghormati antara satu sama lain kerana dengan nilai ini kita akan lebih dihargai. Jangan terlalu gah dengan kuasa yang diberi kerana kuasa tidak akan kekal selama-lamanya.

MAHASISWA BERKUALITI,
PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA.

Ikhlas daripada,
Muhammad Khairudden Bin Sulaiman
YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Friday, 18 January 2013

PROGRAM 3M : MAHASISWA MESRA MASYARAKAT

 

     Pada 23 Disember 2012, telah diadakan satu program iaitu Program 3M : Mahasiswa Mesra Masyarakat anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Kampung Banir Tembus, Simpang Empat, Perlis telah terpilih. Program ini telah disertai oleh pelajar - pelajar UniMAP dan juga daripada barisan MPP sendiri. Intipati program tersebut ialah untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat dengan menjalankan aktiviti seperti sukaneka, gotong royong, memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan slot motivasi.

    Program kami telah diserikan dengan tetamu kehormat iaitu Hj Abd Haris b Ishak, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, En Jamshari Jamaludin, setiausaha akhbar MB dan En Rosfarizal Abd Manan, penolong pendaftar kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.



.


  


PENDAPAT YDP MPP UniMAP BERKENAAN ISU 'LISTEN'

Setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing dan kita tidak berhak menolak pandangan tersebut selagi pandangan itu tidak merosakkan akidah kita. Yes Human right! Itu memang ada di dalam Islam tetapi berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu kita kongsi untuk kebaikan bersama.

Mengenai isu yang hangat sekarang kepada Saudari Bawani dan Puan Syarifah Zohra, kamu berdua ada visi dan misi hidup masing tetapi hidup di atas muka bumi Allah ini kita kena ada sifat hormat-menghormati sesama manusia tidak kiralah kamu siapa?, kerja apa? Dan pangkat apa? Tetapi kepada yang muslim di sisi Allah kita adalah sama. Jadi kedua-duanya berusahalah untuk terus maju membawa nama baik negara bukan untuk kehancuran tetapi kearah perpaduan dan membawa negara sama taraf dengan negara-negara maju.

Kepada sahabat Facebook semua:
Kita tiada hak untuk menghina manusia selain Allah. Kita tiada hak untuk kondem Saudari Bawani dengan isu yang dia bawa bagi saya negara Malaysia adalah negara demokrasi dan siapa-siapa boleh bersuara. Kita juga tidak boleh secara mudahnya menghina atau mengecam Puan Syarifah kerana setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan kita bukan sempurna untuk kita menilai orang lain. Jadi jadikan isu ini sebagai ikhtibar kepada semua agar kita beringat sebelum bercakap, beringat sebelum bertindak dan beringat sebelum kita beremosi. Sebenarnya tiada salah siapa-siapa dan forum seperti ini pernah berlaku dimana-mana sahaja, beremosi dalam forum itu dimana-mana sahaja cuma tiada yang bercerita. Mungkin isu melibatkan mahasiswa sangat diingin-inginkan oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan ukhwah antara mahasiswa. Jadi fikir-fikirkanlah.

#Andai ada golongan yang mahu mahasiswa bergaduh dan berpecah, mohon sila hentikan agenda anda kerana kami mahasiwa sentiasa bersatu.
#setiap manusia telah diajar untuk bersopan santun dalam semua keadaan. Marah itu sifat syaitan andai telah marak dalam diri tanpa dapat di kawal maka ia akan memakan diri sendiri. Jadi sentiasalah beringat dan dekatkan diri kamu semua dengan Allah kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. BarakaAllah.

Saturday, 8 December 2012

UniMAP Raih Anugerah Persekitaran Universiti Terbaik Pada Anugerah Keusahawanan Malaysia





6 DISEMBER 2012

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) be
rjaya memenangi kategori persekitaran kondusif keusahawanan (Institutional Environment) pada Anugerah Keusahawanan Malaysia (MEA) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini semalam.

Hasil kemenangan dalam anugerah yang julung kali dianjurkan itu, UniMAP membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai bernilai RM50,000.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin. Hadir sama mewakili UniMAP ialah Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UniMAP, Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zain; Pengarah Pusat Pengkomersialan dan Pengurusan Harta Intelek, Profesor Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh Haji Din dan Dekan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, Prof. Madya Dr. Hazry Desa.

Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, anugerah berkenaan bertujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

"Kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan keusahawanan boleh membantu untuk menggalakkan budaya inovatif dan mengubah minda pelajar," katanya dalam ucapannya di sini.

Menurut beliau, penganjuran anugerah seumpama itu telah membawa kesan positif di kalangan universiti-universiti yang mula melihat kepentingan pendidikan dan pembangunan keusahawanan di institusi masing-masing.

“Keusahawanan menjadi salah satu bidang yang paling pesat berkembang yang ditandai dengan peningkatan bilangan kursus keusahawanan dan program-program yang ditawarkan di universiti-universiti di seluruh dunia,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM)berjaya meraih hadiah utama iaitu Universiti Pendidikan Keusahawanan Terbaik yang melayakkan universiti berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.

Manakala anugerah perusahaan pelajar terbaik telah dimenangi oleh Gemilang Agrobiz Sdn Bhd dari Universiti Putra Malaysia yang menawarkan hadiah RM20,000.

LAGI KEJAYAAN UniMAP!!!


Selangkah ke arah 'keterlihatan antarabangsa'.