6 DISEMBER 2012
KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) be
rjaya memenangi kategori persekitaran kondusif keusahawanan (Institutional Environment) pada Anugerah Keusahawanan Malaysia (MEA) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini semalam.
Hasil kemenangan dalam anugerah yang julung kali dianjurkan itu, UniMAP membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai bernilai RM50,000.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin. Hadir sama mewakili UniMAP ialah Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UniMAP, Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zain; Pengarah Pusat Pengkomersialan dan Pengurusan Harta Intelek, Profesor Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh Haji Din dan Dekan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, Prof. Madya Dr. Hazry Desa.
Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, anugerah berkenaan bertujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar.
"Kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan keusahawanan boleh membantu untuk menggalakkan budaya inovatif dan mengubah minda pelajar," katanya dalam ucapannya di sini.
Menurut beliau, penganjuran anugerah seumpama itu telah membawa kesan positif di kalangan universiti-universiti yang mula melihat kepentingan pendidikan dan pembangunan keusahawanan di institusi masing-masing.
“Keusahawanan menjadi salah satu bidang yang paling pesat berkembang yang ditandai dengan peningkatan bilangan kursus keusahawanan dan program-program yang ditawarkan di universiti-universiti di seluruh dunia,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM)berjaya meraih hadiah utama iaitu Universiti Pendidikan Keusahawanan Terbaik yang melayakkan universiti berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.
Manakala anugerah perusahaan pelajar terbaik telah dimenangi oleh Gemilang Agrobiz Sdn Bhd dari Universiti Putra Malaysia yang menawarkan hadiah RM20,000.